✽♥Jaga 7 Sunnah Rasulullah Shollallohu 'alayhi wassallam;
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah
hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup
bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan
untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati,
tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah
Ta'ala. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal
cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Sholallohu 'alayhi wassalam itu adalah:
✽♥Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
✽♥Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.
✽♥Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum
melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid
merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah.
✽♥Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
✽♥Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari.
✽♥Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba
yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu
berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak
solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi
dia ya Allah".
✽♥Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan
ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang
paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal
sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada
materialisme dan hedonisme.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar